buruj

 Apakah Buruj?


Banyak bintang-bintang kelihatan di langit pada waktu malam yang terang. Ada bintang-bintang tertentu yang membentuk gugusan dan jika disambungkan dengan
garisan akan menghasilkan corak tertentu.

Kenali Buruj

  1. Buruj merupakan gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.
  2. Kedudukan buruj di langit sentiasa berubah-ubah disebabkan putaran Bumi pada paksinya.
  3. Antara banyak buruj di langit, terdapat empat buruj yang mudah dilihat iaitu PariBidukSkorpio dan Belantik.




Pari merupakan gugusan empat bintang yang membentuk corak seperti sebuah layang-layang.
Buruj ini merupakan buruj yang paling kecil.
Buruj ini senang dikenali di langit di sebelah hemisfera selatan.




Biduk merupakan gugusan tujuh bintang.
Gugusan bintang ini membentuk corak seperti gayung atau senduk dengan tangkainya.
Buruj ini jelas kelihatan di langit di sebelah hemisfera utara antara bulan April hingga Jun.




Skorpio merupakan gugusan bintang yang membentuk corak seperti seekor kala jengking.
Buruj ini jelas kelihatan di langit di sebelah hemisfera selatan antara bulan Jun hingga Ogos.




Belantik merupakan gugusan bintang yang membentuk corak seperti seorang pemburu yang memakai tali pinggang dan tergantung sebilah pedang.
Buruj ini jelas kelihatan di langit di antara hemisfera utara dan selatan antara bulan Disember hinggaJanuari.




 Kegunaan Buruj

Sebelum penciptaan kompas dan alatan penentu arah, manusia pada zaman dahulu biasanya menggunakan fenomena alam semula jadi seperti buruj sebagai panduan untuk menentukan arah.




Kegunaan Buruj

  1. Sejak zaman dahulu, manusia menggunakan buruj sebagai panduan dalam beberapa aktiviti.
  2. Pengembara dan pelaut menggunakan buruj sebagai panduan untuk menentukan arah kerana beberapa buruj dapat menunjukkan arah
  3.  Utara atau Selatan.Petani pula menggunakan buruj untuk menentukan musim menanam dan menuai.





















Ulasan

Catatan Popular